Ni kali pertama aku nak update pasal resepi. Bukanlah pandai, cuma nak share apa yang aku tahu. Resepi ni berkaitan dengan makanan tradisional yang mana rasanya semua orang pernah rasa makanan ni. Ia dipanggil 'LEMANG'.
Selalunya lemang ni kita akan jumpa lemang time-time nak raya. Especially Hari Raya Aidilfitri. Boleh dikatakan makanan tradisi turun temurun. Aku belajar buat lemang ni pon dari arwah ayah aku sendiri, orang kampong aku panggil Pak Ngah Kaq. Dulu masa arwah ayah aku ada dulu, aku hanyalah assistant. Apa-apa pon aku tunggu arahan dari dia. So, bila dia dah xde ni, aku kena la buat sendiri. Tapi aku pulak yang ada assistant yang mana merangkap sebagai abang aku,hehe....Sorry la sebab kena dengar celoteh aku dulu.
So, inilah bahan-bahan yang perlu ada untuk membuat lemang:
1) Pulut = 2 Gantang (1 Gantang = lebih kurang 2.8 kg)
 |
Pulut yang telah dibasuh dan ditoskan sehingga kering |
2) Santan = 6-7 biji (nak lemak lebih tambah la santan)
 |
Santan yang telah dibancuh dengan garam |
3) Garam kasar = segenggam
 |
Garam kasar yang digunakan |
4) Buluh lemang
 |
Saiz buluh lemang mempengaruhi masa untuk lemang masak |
5) Daun Pisang
 |
Daun pisang seperti ini amat cantik untuk dibuat lemang |
6) Pelepah pisang
 |
Batang pelepah pisang dibelah dua |
Untuk proses pembuatan lemang, layan gambar kat bawah ni yer......
 |
Bersihkan daun pisang |
 |
Ukur panjang daun pisang sama dengan panjang ruas buluh kemudian potong |
 |
Ukur keliling buluh dengan daun pisang, potong lebihan untuk memastikan daun pisang terbuka dengan cantik nila dimasukkan kedalam buluh nanti. |
 |
Gulung daun pisang seperti diatas dengan berhati hati sebab ia mudah koyak |
 |
Isikan daun pisang yang digulung dengan berhati hati. |
 |
Pastikan daun pisang yang dimasukkan ke dalam buluh terbuka dengan sempurna |
 |
Lepas siap masukkan daun pisang ke dalam semua batang buluh, nyalakan api untuk proses membakar lemang. Susunan kayu untuk mendapatkan api yang cantik agar lemang dimasak dengan cepat. |
Lepas tu, kita masukkan pulut ke dalam buluh lemang. Proses ni nampak je mudah, tapi kena buat dengan berhati-hati. Ia bagi mengelakkan lemang yang dimasak nanti mentah. Cara yang arwah ayah aku ajar, tengok gambar...hehehe...masa ni jangan hentak batang buluh tu...
Bila pulut dah penuh, baru la isi santan. Masa ni la pulut tu akan mendap dengan sendirinya. So kalu agak kena tambah pulut, tambah la. Then tambah la, ikot citarasa masing-masing.
Siap je isi lemang dan santan ke dalam buluh lemang, apa lagi tunggu...boleh la susun kat tempat bakar lemang....ape yang penting api kena cun..baru la masak dia kejap...so korang scroll la mouse untuk view gambor kat bawah ni...hihi
Since api dah comey naik dia, kena la selalu kalih (bak kata orang perak) / pusing buluh supaya tak hangit nanti lemang tu. Tips untuk lemang tu masak elok kat dalam walaupun batang buluh dia hitam, guna la batang buluh yang tebal. Macam tahun ni, aku dapat batang buluh yang tebal, so bila batang buluh tu hitam, dalam dia masak elok.
 |
Nasib raya ni buluh lemang yang abang aku amek tebal, so kulit je hangus, tapi isi x hangit..hehe |
 |
So, inilah hasilnye....hehe |
So, inilah hasilnya. Walaupun lemang ni dibuat seminggu selepas raya, aku tetap rasa happy sebab dapat tunaikan hajat mak aku yang memang nak makan lemang tahun ni. Sebab tahun ni aku beraya dibelah keluarga isteri aku di Kuala Terengganu. Inshaa Allah tahun depan aku beraya di Perak pulak, kita buat lemang banyak sikit eh...sayang mak..muahciked...hehe
Untuk sape-sape yang bace, boleh la nak guna cara aku ni...maybe memudahkan korang nak buat lemang. Thanks sebab baca, Insha Allah, next time resepi lain pulak eh...see you in next entry...kbai..